TripBajet Melbourne

3000
TripBajet Melbourne TripBajet Melbourne is one of the popular Car Rental located in , listed under Car Rental in Melbourne , Travel Service in Melbourne , Airport Shuttle Service in Melbourne ,

Contact Details & Working Hours

More about TripBajet Melbourne

Oze Nze Group @TripBajet Melbourne pada peringkat awalnya merupakan gabungan beberapa individu yang terlibat sebagai Freelance Muslim Travel Guide sepanjang tahun 2017 dan berpusat di Melbourne, Australia. Pada peringkat awal, Idea penubuhan TripBajet dicetuskan oleh Founder dan disokong oleh rakan-rakan lain yang terlibat secara langsung dengan pembahagian bidang masing-masing iaitu Pengendali Pengangkutan, Pengendali Penginapan (Homestay), Pengendali Private DayTrip dan Pengurusan Pemasaran.

Walau bagaimana pun akibat kekangan teknikal TripBajet Melbourne ini hampir tidak dapat diteruskan. Sehubungan dengan itu, inisiatif dari Founder yang ingin memberikan peluang pelancongan pada harga mampu milik selain sasaran memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakan-rakan senegara yang menetap di bumi Australia, maka TripBajet Melbourne ini telah didaftarkan secara rasmi dengan Australian Business Registration (ABR) di bawah jenama Oze Nze Travel Services.

Oze Nze Travel Services menetapkan sasaran untuk membawa dan berkongsi pengalaman pelancongan muslim terbaik di bumi Australia ini dengan memberikan harga sangat-sangat berpatutan kepada rakyat Malaysia khususnya dan Asean umumnya.

Kaedah Tempahan dan Pembayaran secara fleksibel serta kaedah penerangan dan khidmat nasihat yang jelas dan tersusun menjadi teras dalam pengurusan dan pengendalian di Oze Nze Group.

Oze Nze Group juga di landasan yang terbaik apabila beberapa Syarikat Perkhidmatan Pelancongan (Travel Agency) berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia dan beberapa Indonesian Travel Agency bersedia untuk menjalinkan kerjasama sepenuhnya bagi tempoh November 2017 - Disember 2018.

Akhir kata, Oze Nze Group sama ada di Melbourne, Australia atau di Malaysia mengalu-alukan kedatangan dan kesediaan para pelanggan dalam mengunakan perkhidmatan kami dan memastikan anda memperoleh pengalaman terbaik bersama kami.

Sekian dan terima kasih

Oze Nze Travel Services
Oze Nze Services
TripBajet Melbourne

Map of TripBajet Melbourne